Tuesday 27 November 2012

Bagaimana ikan Guppy beranak


Funny!!! 



Cuci Akuarium




langkah cuci akuarium :
  1. keluarkan semua barang termasuk batu dan pasir.
  2. keluarkan air dan ikan juga. jangan kluarkan air tapi ikan biar. mati lah ikan. cian ikan.
  3. bersihkan guna air garam. jangan guna air sabun pinggan. tu nak membunuh ikan namanya. Hihi
  4. basuh2 hingga hilang bau rasa dan warna
  5. lepas tu isi balik air dalam akuarium. 
  6. cuci suma alatan dan bahan termasuk batu batu. cuci guna air garam jugak.
  7. sediakan larutan klorin. masuk dalam akuarium jugak. 
  8. masukkan batu dan alatan yang dah dibersihkan.
  9. Aih. suma main masuk2. hikhik
  10. lepas tu baru masukkan ikan tersebut.

Friday 9 March 2012

tips pertama


Salam semua. Usha keyword husni tadi, perasan ada yang mencari cara menjaga ikan laga yang hampir mati. Ksian pulak rasanya... Sebenarnya, situasi ni selalu juga terjadi kepada saya. Boleh sangat untuk saya kongsikan tips. Tapi sejauh mana berjayanya tips tu, bergantung pada keadaan. Kadang2 menjadi, dan kadang2 tidak. Apa pun, yang penting kita mencuba.

Kalau ikan tu masih ok, tapi dia tak nak makan. Apa nak buat? Usha body dia, ada yang tak kena tak? Ulser kat mulut? Ada benda putih kat sirip? Ada benda mcm berbulu tumbuh kat mulut dia? Kalau mulut koyak akibat bergaduh, tak dapat nak nolongnya. Tapi ada sesetengah orang letak ubat kuning untuk ikan yang luka. Kalau anda lihat ada benda putih melekat, cepat2 tukar air. Letakkan garam akuarium biru tu dalam kuantiti yang banyak berbanding biasa. Kalau ikut cara saya, saya lenggang bekas ikan tu. Supaya memudahkan benda putih tu tanggal. Lepas tu, biarkan dalam 5 hingga 10 minit. Tukar air sekali lagi. Kali ni, rendam daun ketapang kering. Dan yang ketiga, kalau ada berda berbulu tumbuh kat mulut, alamatnya mulut ikan tu akan tertanggal. Berdoalah supaya ikan tu masih mampu untuk makan selepas mulut dia tercabut. Cara nak atasi sama macam penyakit sawang putih yang melekat. Tukar air, taruk garam akuarium biru. Kemudian tukar air sekali lagi. Letakkan daun ketapang kering.

Kalau ikan dah berenang senget, atau sekejap2 timbul kat permukaan… Aduh, yang ni susah sikit. Penyelesaiannya, cari bekas yang besar dan lebar. Letakkan air rendaman daun ketapang kering. Letakkan sedikit garam akuarium biru. Tapi pastikan air cetek. Ikan laga yang sakit, amat susah untuk ambik udara kat permukaan air. Jadi dengan mengurangkan paras air, kita dah membantu dia. Atau pun ada satu lagi cara, tapi sejauh mana berkesan tu tak tahu la... Kalau anda ada bela ikan gapi, yang airnya dah lama, kedudukannya di bawah cahaya matahari, ada tumbuhan air… Dan ikan gapi pun dah beranak pinak. Haa, korang try campur ikan laga yang sakit tadi dalam bekas ikan gapi tu… Tinggalkan sehari. Besoknya, tengok ikan anda tu dah sihat ke belum. Kalau dah sihat, keluarkan ikan tu dan ganti air macam biasa.

Kalau ikan berenang upside down pulak, bleh baca yasin dah. Huhu… Harap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu yer. Wassalam.